CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 31 March 2013

LOOK 4 FORWARD




Hani ada benda nk share ni....kata2 hikmah kt atas ni hani amik dari FB(facebook)...mungkin ada yg dah baca dan mungkin ada yg belum bacakn....so,hani nk share la kt blog ni...sebagai seorang manusia,hani tahu korg mesti pernah rasa nk ptus asa dlm sesuatu bende yg korg dah buat atau yg korg akan buat sebab korg dengar kata2 yg negative dan pandangan daripada org sekeliling..betul tak???tapi kita sendiri tahu sebagai seorang Muslim,kita hendaklah yakin kepada Allah s.w.t kerana Allah hanya memberikan yg terbaik kepada hamba-hambaNYA....jika ada yg mengatakan bahawa korg tak akan berjaya meneruskan perjalanan ini,korg katakn kembali kepada mereka.....'look behind you and how far you have come'....so korg anggap jea kata2 mereka itu sebagai cabaran utk korg...berfikir la gaya champion dan model utk kita supaya tidak putus asa dalam hidup ini adalah Nabi Muhammad...baginda sentiasa berfikiran gaya champion utk menyampaikan dakwah kepada manusia walaupun terdapat pelbagai tentangan daripada pihak lain...korg kena la contohi Nabi kita itu(termasuk diri hani gak hani mksudkan..:) )...hehehe.....ingat ini korg "champion adalah orang yg mampu bangkit ketika dia tidak mampu",kata2 daripada Jack Dempsey,peninju negara(juara dunia kelas berat 1919-1926)

UPGRADE YOUR ATTITUDE


Gambar ini menerangkan perbezaan antara burung helang dgn burung lain....kita sendiri tahu kalau waktu hujan semua burung akan lari cari perlindungan daripada kena hujan tetapi berbeza sekali dgn burug helang ini kn..burung helang ini mempunyai sifat yg tersendiri,dimana kalau waktu hujan burung ini akan terbang di dawah awan bagi mengelakan hujan....begitulah dgn manusia juga....setiap manusia akan sentiasa menghadapi masalah dlm hidup....itu la dugaan yg terima oleh semua org...mereka tak akan boleh lari daripada masalah melainkan mempunyai sifat yg tidak pernah mengalah dlm hidup ini...sebagai seorang Muslim,kita sendiri tahu bahawa Allah tak akan menberi dugaan kepada hambaNya melainkan Dia tahu bahawa hambaNya mampu menghadapi dugaan tersebut dan kita juga tahu bahawa Allah s.w.t maha penyanyang kepada setiap hambaNya....so,bila kita ditimpa masalah jgn la mudah melatah dan mengalah kerana setiap masalah yg dtg itu ada hikmahnya...sebagai Islam,kita ada pencipta kita dan dgn Dia la kita mengadu dan memohon pertolongan kerana setiap masalah yg dtg kepada kita itu adalah ujian daripadaNya utk menguji tahap keimanan kita kepadaNya...

Saturday, 30 March 2013

PEER COACHING SESSION II

Hai kwn2...sury la lmbt pula update blog ni..line wifi macam biskut chipsmore la pula...heheheh...hari khamis itu byk hani kongsi cita dengan kwn2 coachee hani...hani cita masa zaman hani kecik2 dulu tau..lau kwn2 nk tau,hani ada nama manja hani tau...(manja ke???huhuu).....INTAN nama manja hani uh...nma ni arwah wan yg bg nma sebab hani kuat nangis masa kecik..hehehe:P...mesti korg igt hani nangis dan dpt nma lain uh sebab nama tak sesuaikn...betul tak???tapi korg semua salah tau..hehehe...hani selalu nangis sebab tulg blkang hani sakit sikit gara2 masa dalam kandungan ibu dlu,ibu penah kena kerja dgn lembu masa nk pergi klinik kesihatan(dkt dgn pjbat ibu jea)...then ibu pun jatuh dlm longkang tau..kesian kt ibu dan terima kasih hani ucapkan sebab lindungi hani sepanjang hani ada dalam kandungan ibu itu...hani syg sgt2 kt ibu...:)..ha!itu la kisahnya macam mna hani dapat nama INTAN itu...dan kat bawah ni ada la gambar hani dgn along hani..kita org rapat sgt sampai sekarang tau...

samakan muka kitaorg:)

Sunday, 24 March 2013

DONT GIVE UP

Ini la kata semangat yg selalu hani pegang dalam hidup...walaupun fizikal kita nampak mampu utk menghadapi hidup ini tapi andai kita tidak mempunyai semangat bagaimana kita hendak teruskan hidup ini...betul tak kawan2????begitu la hani utk teruskan perjalanan hidup di Universiti Malaya ini....macam2 dah berlaku sepanjang perjalanan hidup hani ini daripada hani tak nak masuk belaja kat sini sebab nak jaga ibu sampai la sekarang..Alhamdulillah, dah dua sem hani kat sini dengan semangat yg diberikan oleh ibu,ayah,mak,mama dan along saya sendiri...terima kasih tak terhingga hani ucapkan sebab percayakan hani...InsyaAllah,hani akan buat yg terbaik sepanjang hani di UM ni..Doakan hani yea..:

Saturday, 16 March 2013

SENYUM ITU SEDEKAH


Mulakan hari kita semua dgn senyuman kerana dgn senyuman mampu mengubah emosi kita sepanjang hari...wajah kita menggambarkan apa perasaan kita rasa dan yg terpendam di dalam hati tu...So banyak2 kn la senyum utk mendapatkn pahala selain mendapatkan mood yg ceria disepanjang hari (^^,)...selain itu,bila kita senyum,kita bkn saja menggembirakn hati sendiri malahan orang disekeliling kita pn akan merasa gembira dan ceria dgn senyuman kita uh...apa lagi kwn2,byk kn sedekah dgn senyuman yea..itu pn dah cukup mengubah hidup seseorang tau...tapi bkn tersengeh2 tau..nanti orang lain ingat korang gila plk..hehehe...So senyum tak perlu kata apa2 yea kawan2..

Thursday, 14 March 2013

PEER COACHING SESSION 1

Kwn2 nk tahu tak???mlm ni ada peer coaching session tau...best sgt2 workshop mlm ni..mcm2 kitorg dapat info baru dan kitorg juga boleh sharing mcm2..As we can say SHARING IS CARING..hehehehe...so tajuk yg kitorg bincang pasal GOAL SETTING masing2..ada 6 pekara yg betul2 kita perlu tingkatkan dalam diri ini seperti :

1.BEHAVIORAL DEVELOPMENT
2.ACADEMIC PERFORMANCE
3.EXTRA CURRICULAR INVOLVEMENT
4.HEALTH
5.SPIRITUL/RELIGIOUS DEVELOPMENT
6.PERSONAL&LEADERSHIP DEVELOPMENT

Hani dah tahu apa goal setting hani,apa kata kwn2 semua cuba luang kn masa sekejap untuk list kan 6 pekara itu semua...kalau boleh buat ini semua bkn kerana terpaksa tapi kerana niat kita untuk mengubah diri menjadi seorang yg CHAMPION kepada diri ..

Thursday, 7 March 2013

THING +VE IN OUR LIFE

Assalamualaikum semua yg sudi baca blog hani yg simple jea ni..Thank you very much k.
ok, hari ni hani nk kongsi pasal sentiasa berfikiran positive...sejak join SERU ni,diorg sentiasa ajar hani utk berfikiran positive walaupun apa jua keadaan....jgn mudah terpengaruh dgn unsur2 negative dari pihak lain...sebagai contoh la kn yg jadi kt hani, ramai yg kata lecture ni ta best la itu la ini la,..macam2 yg negative hani dengar tau tapi bila hani rasakn sendiri pengalaman itu..hani rasa lecture itu sangat best dan cara die mengajar mudah dan senang hani nak faham..So the moral of this story,always thing positive to be the success person. Jangan mudah terpengaruh dgn kata2 yg negative dan percayakn pada kebolehan diri sendiri yea..



Tuesday, 5 March 2013

Nothing EASY in this LIFE

Penah tak pekara macam ni jd kt korg????memandangkan mlm in hani ada mkn limau dan pkara yg sama jd kat hani,..hehehe...So, hani nk kongsi la sikit psl lumrah kehidupan kita ni...mcam mkn buah limau la lau korg nk gambaran..hehehe..nmpak jea macam senang mkn buah limau ni kn..sebelum kita rasa kemanisan sebuah limau uh mesti kita akn rasa kepedihan dlu utk buka kulit limau tu (terutama lau terpecik dkt mata..perghhh..pedih uh :P ) begitu juga bila kita dah siap buka kulit limau uh..ta smstinya buah limau yg kita dpt uh manis rasanya..mungkin rasanya masam..begitu la gambaran kehidupan kita, bila la pedih dan susahnya hidup ini..kita jgn la putus asa kerana di sebalik kepedihan yg kita alami mungkin ada kemanisan yg menanti dan andai kata tidak kemanisan yg diperolehi jgn la mudah kalah dlm kehidupan ni kerana itu adalah asam garam kehidupan...:)

Monday, 4 March 2013

P.E.S.K.O EVENT

Topik yg akan kita bahaskan pada hari ni ialah psl PESKO...hehehehe...korg tahu ke ape itu PESKO???ha! mesti ramai yg tak tau kn...mesti ada yg tgh google cari makna PESKO uh..betul tak??hehehe..Kepada kwan2 hani,terutama sekali yg dkt UM ni...Hani tau ramai yg nk tau apa itu PESKO dan ape yg ada dkt event uh kn...So ape kata bln MEI nanti kita ramai2 meriahkan event uh bersama2..Hani tau time uh kita semua dah habis pn kuliah kn..Lagi pn dah dkt nk study week itu,so jgn la bagi alasan yg korg bz plk yea..huhuhu:P....ape kata kita enjoy kejap dkt PESKO ni..bkn selalu event ni ada tau..macam2 ade dkat PESKO tau..ssoooo...korg semua tak kn rugi kalau pergi sana tau...bwh ni info pasal PESKO yea:


Tarikh: 30 Mei 2013
Tempat: Dewan Tunku Canselor UM (DTC)
Masa: 9.00 a.m- 4.00p.m ( Pameran)
           7.30 p.m- 9.00 p.m (Persembahan)

A HOT DAY VS A GOOD DAY

Hai sume...sebenarnye kn tajuk hari ni tak ada kena mengena pn dgn ape yg hani nk kongsi hari ni..hehehe..cuma petang td hani jumpa Penasihat Akademik(PA) jea..Die pesan kt hani, sekarang ni da mula target dah ape nak kerja nanti sebab nanti senang nak pilih subjek elektif ape masa 2nd year..So sekarang ni hani kena la renung2kn ape yg hani minat dan ape hani nk jd in the future :) Cita2 utk jd dokter uh dah boleh close my old book dan sekarang kena target the new ambition..Hwaiting hani (hwaiting means berusaha bersungguh2) hehehe

Sunday, 3 March 2013

CHANGES TO NEW ME!!!


Assalamualaikum semua... Hani update lagi blog..sebenarnye kn ini 1st time hani ada blog..kwn2 yg knl hani dlu mesti tak percaye hani buat blog..hehehehe..sape sangka hani yg dulu dah berubah kepada yg lebih positive disebabkan hani join program STUDENT EMPOWERMENT & RESEARCH UNIT ( SERU). Hidup ini perlukan perubahan utk lebih maju, "HOW WE DO ANYTHING IS HOW WE DO EVERYTHING". Hani yg dulu agk pemalu dan kurang keyakinan terhadap diri sendiri tapi sekarang sudah mula berubah sedikit demi sedikit :) Alhamdulillah. Setiap manusia sentiasa diberi peluang utk berubah kepada yg lebih baik kn!. Picture bawah ini menggambarkan watak hani yg dulu kerana ramai kwn hani yg kata hani mcam itu tau..hehehe..
jgn menilai saya pada luaran sebelum mengenali diri ini

New Life in UM

Pertama kali sampai kat UM ini, aku sangat teruja kerana aku dapat masuk universiti  yg tertua di Malaysia.
Aku tak sangka dapat masuk kat sini sebenarnya kerana UM adalah pilihan yg ke-3 aku buat. Pada mulanya, aku berat hati gak nak pergi sebab masa itu ibu baru jea lepas operation kaki. Aku nak jaga ibu masa itu tapi atas nasihat dari ibu, aku gagahkan diri gak utk sampai kat sini. Ibu kata jgn sia-sia kn peluang yg ada sebab dalam keluarga kita blum ada yg masuk UM itu dan jgn sia kn pengorbanan along yg sanggup tangguhkn sambung degree demi aku. Alhamdulillah,mereka la kekuatan aku utk terus berada di sini.
Ini la kolej yg aku duduk sekarang iaitu kolej Tun Syed Zahiruddin(kk9)